Hello rakan-rakan steemians, ''Greetings from me'' pagi yang cerah di Kota Kinabalu Nature city.
Hari ini saya ingin berkongsi soundtrack terbaru saya .
" Pygmy elephant''
:Sila komen dan like jika sudah mendengar terima kasih.Rakan-rakan boleh kunjungi soundtrack saya di sini. https://soundcloud.com/yat-nanar/pygmy-elephant
Pygmy elephant' mengisahkan sekumpulan atau spesis Gajah borneo kehidupan liar yang semakin pupus.
Tujuan saya buat track ini adalah untuk membuka mata masyarakat agar bersama mengambil tahu hal
akan kepupusan gajah Borneo ini. Sekitar Borneo sabah spesis gajah ini hanya tinggal 1,200 spesis yang unik.
Dan kini akibat tiada pengawalan atau kurangnya pengawalan terhadap pembalakan, gajah Borneo ini kian hari semakin
pupus. Pada masa kini sudah 13 bangkai gajah di temui sekitar Borneo.
Saya masih ingat pada 4 tahun lalu,sewaktu saya bekerja sebagai tourist guide '' pemandu Pelancong"
sewaktu itu saya dan pelancong saya sekitar 10 orang dalam perjalanan ke kinabatangan dengan menaiki bas.
Di kinabatangan saya adalah pekerja seorang Tour guide pemandu pelancong (Nasalis Larvatus Tour).
Tempat sekitarnya amat cantik dan menarik. Aktiviti petang saya adalah membawa pelancong bersiar sekitar
sungai terpanjang kinabatangan dengan menaiki bot. perjalanan ini sekitar sungai ini 30 minit sehingga pelangi senja "sunset'' Pemandangan cukup indah dan permai.
Sepanjang perjalanan di sungai Kinabatangan pada masa itu terlihat sekumpulan gajah borneo "pygmy elephant ''
perasaan ini sangat teruja apabila melihat anak gajah yang comel bermain dengan kawanya dan mereka di lindungi
oleh golongan gajah yang besar "Keluarga kepada gajah kecil ini".
Perasaan ketika itu sangat gembira dapat melihat sekumpulan gajah ini pada jarak dekat. Maaf saya tidak ada menyimpan
gambar lama untuk kenangan. Gajah 'pygmy ni sangat jinak' jika tidak di ganggu ketenteraman mereka.
Kini sekumpulan gajah pygmy tidak lagi kelihatan di sekitar sungai kinabatangan. Ini disebabkan oleh masyarakat
tidak mengambil peduli akan spesis ini kerana lebih pentingkan wang ringgit daripada kebahagiaan alam sekitar perhutanan yang permai.
Hal ini perlu di cegah.
Dan langkah yang perlu di ambil adalah :
1.Lanskap perhutanan perlu di kaji semula dan di beri perlindungan sepenuhnya
- gajah 'pygmy' ini mencari makan alternatif lain akibat dari penerokaan hutan yang berleluasa.
2.Penutupan seketika atau sepenuhnya terhadap penerokaan pembalakan.
-Sekitar Borneo dan sabah ini pada musim ini hanya terdapat 1,200 spesis gajah yang unik.
- Pembersihan sekitar hutan simpan penanaman semula pokok getah.
-sehingga kini 13 bangkai gajah yang di temui di persekitaraan Borneo. akibat dari gajah memusnahkan tanaman sawit faktor makanan alternatif. - Rondaan berskala besar perlu lebih teliti bagi mengelakkan konflik ini berlaku lagi.
- Tenaga manusia dan kewangan harus lebih fokus di peruntukan lagi bagi jabatan.
Langkah yang perlu di tegaskan disini adalah, Mengurangkan pembalakan haram atau menyekat
memberi tempoh tertentu untuk perberhentian seketika pembalakan untuk melindungi Hutan simpan
tempat di mana gajah borneo pygmy ini menetap.
https://soundcloud.com/yat-nanar/pygmy-elephant
https://soundcloud.com/yat-nanar/pygmy-elephant
https://soundcloud.com/yat-nanar/pygmy-elephant
(If you guys need vacation holiday doing wild life i suggest my old company "Nasalis Larvatus Tour" )
Can check at #nasalislarvatustours.com
" On steemit ! Follow & Vote.
Thank you for sharing your posts with us. This post was curated by TeamMalaysia as part of our community support. Looking forward for more posts from you.
To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach
Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote bitrocker2020 witness